‘Selagi Tak Kena, Selagi Tu Ambil Mudah’. 5 Perkara Tentang Kanser Payudara Yang Sering Diabaikan

‘Selagi Tak Kena, Selagi Tu Ambil Mudah’. 5 Perkara Tentang Kanser Payudara Yang Sering Diabaikan


Tahukah anda, bulan Oktober merupakan bulan khas kesedaran kanser payudaraataupun lebih popular dengan gelaran ‘Pink October’.
Sempena bulan ini, jom ketahui beberapa perkara penting tentang kanser payudara.

5 PERKARA TENTANG KANSER PAYUDARA YANG SERING DIABAIKAN

1. KANSER ‘PEMBUNUH’ WANITA

Kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, di mana 1 dalam 19 wanita adalah berisiko.
Namun, jangan terkejut pula kerana kaum lelaki juga boleh diserang kanser ini walaupun risikonya hanya 1%.

2. TANDA AWAL

Menurut portal MyHealth, tanda awal kanser payudara yang paling biasa adalah ketulan, bengkakan atau penebalan tisu payudara. Ketulan ini ada yang sakit dan ada juga yang tidak sakit.
Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara, lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara.
Kadangkala, tidak ada sebarang tanda yang jelas sehinggalah ia telah merebak. Maka sebab itulah ujian rutin mamogram adalah penting bagi wanita berusia 40 tahun ke atas.

3. PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)

Setiap wanita perlu mengenali tekstur payudara mereka dengan terperinci bagi membolehkan mereka mengenalpasti sebarang keganjilan atau perubahan yang berlaku padanya. Jadi, pemeriksaan sendiri payudara perlu dilakukan setiap bulan bagi mengesan sebarang tanda awal.
Waktu mandi adalah waktu yang paling mudah untuk anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara.
Rajah berikut adalah cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP):
Pemeriksaan payudara meliputi semua kawasan termasuklah bahagian ketiak. Apa yang perlu diperhatikan semasa pemeriksaan ini adalah:
  • Bengkak / ketulan pada sebahagian payudara
  • Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  • Puting ter masuk ke dalam atau sakit
  • Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  • Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu
  • Ketulan pada bahagian ketiak

4. BUKAN SEMUA BENJOLAN ADALAH KANSER

Anda mungkin panik jika ini adalah kali pertama anda memeriksa payudara kerana terdapatnya benjolan. Sebenarnya, 8 daripada 10 benjolan yang dikesan pada payudara adalah bukan kanser. Ia mungkin gumpalan kelenjar payudara normal atau hiperaktif atau mungkin juga sejenis cyst berisi cecair.
Setiap individu mempunyai tekstur yang tersendiri. Sebab itulah penting untuk anda melakukan pemeriksaan ini setiap bulan agar anda lebih maklum dan dapat mengenalpasti sekiranya anda mendapati terdapat kelainan pada tekstur payudara masing-masing.
Apapun, sekiranya anda bimbang ianya kanser payudara, jangan teragak-agak untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan klinikal.

5. UJIAN MAMOGRAM PENTING BAGI WANITA 40 TAHUN KE ATAS

Selain melakukan pemeriksaan payudara sendiri, anda boleh melakukan pemeriksaan klinikal di klinik. Wanita juga digalakkan menjalani ujian mamogram terutamanya bagi yang tergolong dalam kategori berisiko. Secara umumnya, wanita berusia 40-49 tahun perlu melakukan ujian mamogram setiap tahun dan wanita berusia 50 tahun ke atas perlu melakukannya setiap 2 tahun sekali.
Mamogram ialah ujian x-ray payudara. Jangan risau, kadar radiasi x-ray yang terlibat dalam pemeriksaan ini adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
Perkhidmatan mamogram biasanya boleh didapati di hospital kerajaan atau swasta yang menyediakan perkhidmatan pakar bedah payudara. Kosnya adalah sekitar RM 100 di hospital kerajaan. Di hospital swasta pula, kosnya adalah sekitar RM 150-250.
Program Subsidi Ujian Mamogram di Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara juga membolehkan wanita menjalani ujian saringan mamogram percuma. Ia diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isi rumah RM10,000.00 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isi rumah melebihi RM10,000.00, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.
Perkhidmatan mamogram ini juga boleh dilakukan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur.
Foto Kredit: kosmo.com.my

PENGESANAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA

Berdasarkan statistik kebangsaan tahun 2017, apabila wanita disahkan menghidap kanser payudara, kira-kira 43% daripada kes ini sudah mencapai kanser tahap tiga dan empat. Oleh itu dengan maklumat di atas, diharapkan lebih ramai wanita prihatin terhadap kesihatan payudara masing-masing.
Jangan tunggu lagi, lakukan pemeriksaan sendiri payudara hari ini juga dan teruskan rutin ini sebulan sekali.
Disebabkan pengesanan awal dan perkembangan teknologi perubatan, kanser payudara boleh dirawati dan ia boleh disembuhkan hampir 100% sekiranya dikesan pada tahap awal!

Comments

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

7 Makanan Dengan Kalsium Lebih Tinggi Berbanding Susu. Kalau Loya, Cubalah!

Patutlah Mahal. Rupanya Ini 10 Khasiat Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’