Selain Dari Cegah Kehamilan, Ini 7 Kelebihan Pil Perancang Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Selain Dari Cegah Kehamilan, Ini 7 Kelebihan Pil Perancang Yang Mungkin Anda Tak Tahu Berbanding kaedah implan atau suntikan, pil kontraseptif atau pil perancang dilihat sebagai kaedah mencegah kehamilan yang popular dalam kalangan wanita Malaysia. Sungguhpun begitu, masih ramai wanita masih berasa takut dan teragak-agak untuk mengambilnya. Ini kerana kita kurang didedahkan dengan fakta sebenar pil perancang akibat salah tanggapan yang berleluasa di media. Jadi, ini adalah sedikit penerangan tentang kelebihan penggunaan pil perancang dari pakar untuk informasi anda. Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara dan langkah yang betul untuk mengambil pil ini. Jangan suka-suka ya ambil tanpa nasihat doktor. Dr. Zubaidi berkata secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap. Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan...