Posts

PURGING VS BREAKOUT

Image
PURGING VS BREAKOUT Pernahkah anda mencuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka? Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Sama ada kulit anda sedang purging atau breakout. Bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout? Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut? Mari kita fahami situasi sebenar yang kulit anda sedang alami. . PURGING Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging. Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus. Kulit anda akan kemungkinan akan pur...

KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat

Image
KULIT, TIPS CANTIK Tip Menghilangkan Jerawat Tip hilangkan jerawat,masalah kulit berminyak .Jerawat atau jerawat adalah luka / keradangan kulit yang berlaku apabila kelenjar sebum (kelenjar minyak) kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.Dan mereka sangat menjengkelkan untuk menangani, bukan? Nah, itu tidak akan berlaku lagi. Kami membawa kepada anda senarai ubat semulajadi terbaik yang dapat membantu anda untuk menghilangkan jerawat dalam semalam. Anda juga akan mengetahui beberapa penyebab jerawat, jenis-jenis jerawat dan cara untuk menghilangkannya. Apa yang menyebabkan jerawat? 1. Lapisan Berlebihan Sel Kulit Mati Kulit anda secara semula jadi menghilangkan lapisan sel kulit mati. Namun terdapat sesetengah sel kulit mati tersekat pada sebum, yang menyebabkan penyumbatan pori-pori. Pori-pori yang disekat menjadi jerawat. 2. Keturunan Sekiranya anda mempunyai masalah genetik, jerawat di muka akan kembali semula sepanjang hayat anda. Rasional genetik di belakangnya...

Selain Dari Cegah Kehamilan, Ini 7 Kelebihan Pil Perancang Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Image
Selain Dari Cegah Kehamilan, Ini 7 Kelebihan Pil Perancang Yang Mungkin Anda Tak Tahu Berbanding kaedah implan atau suntikan, pil kontraseptif atau pil perancang dilihat sebagai kaedah mencegah kehamilan yang popular dalam kalangan wanita Malaysia. Sungguhpun begitu, masih ramai wanita masih berasa takut dan teragak-agak untuk mengambilnya. Ini kerana kita kurang didedahkan dengan fakta sebenar pil perancang akibat salah tanggapan yang berleluasa di media. Jadi, ini adalah sedikit penerangan tentang kelebihan penggunaan pil perancang dari pakar untuk informasi anda. Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara dan langkah yang betul untuk mengambil pil ini. Jangan suka-suka ya ambil tanpa nasihat doktor. Dr. Zubaidi berkata secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap. Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan...

Patutlah Mahal. Rupanya Ini 10 Khasiat Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’

Image
Patutlah Mahal. Rupanya Ini 10 Khasiat Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’ “Kenapa orang panggil kacang pistachio ni kacang cerdik? Kalau makan ni boleh jadi pandai ke?” Terkenal dengan gelaran ‘kacang cerdik’, pistachio merupakan antara jenis kacang yang terbaik untuk diamalkan dalam diet seharian. Ini kerana khasiatnya sering dikaitkan dengan peningkatan fungsi otak. Namun sebenarnya ia bukan sahaja kaya dengan nutrisi malah mempunyai banyak kelebihan lagi. 10 KHASIAT PISTACHIO AKA ‘KACANG CERDIK’ 1. BAIK UNTUK MINDA Sesuai dengan gelarannya, kacang seperti pistachio adalah antara sumber pemakanan yang baik untuk minda. Kandungan vitamin B6 yang terkandung dalamnya mampu meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin dalam darah. Oleh itu, peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh anggota badan termasuk otak. Hasilnya, minda seseorang mampu memberi tumpuan dengan lebih baik. Jadi, kalau tengah mengantuk buat kerja atau ulangkaji pelajaran, bolehlah makan pi...

7 Makanan Dengan Kalsium Lebih Tinggi Berbanding Susu. Kalau Loya, Cubalah!

Image
7 Makanan Dengan Kalsium Lebih Tinggi Berbanding Susu. Kalau Loya, Cubalah! “Sejak mengandung ni, nurse asyik cakap kena banyak makan kalsium. Dahlah tadi check darah rendah. Ish, loya-loya ni aku tak boleh nak minum susu. Apa nak buat?” Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting bagi setiap individu, tak kiralah kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas, apatah lagi bagi ibu hamil. Ini kerana kalsium membantu fungsi otot, meregulasikan denyutan jantung dan isyarat pada saraf, mencegah darah beku dan menghindarkan osteoporosis apabila semakin bertambah usia. Tidak dinafikan bahawa susu adalah antara sumber kalsium yang baik kerana terdapat kira-kira 305mg kalsium dalam segelas susu. Namun tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai lagi sumber kalsium yang boleh anda dapatkan melalui makanan lain. Bahkan, banyak juga makanan yang mempunyai nilai kalsium yang lebih tinggi berbanding segelas susu. 7 MAKANAN YANG MEMPUNYAI KALSIUM LEBIH TINGGI BERBANDIN...

Badan Kita Paling Cepat ‘Naik’ Bila Lalui 5 Fasa Ini. Jaga-jaga Ya

Image
Badan Kita Paling Cepat ‘Naik’ Bila Lalui 5 Fasa Ini. Jaga-jaga Ya Secara purata, seorang individu boleh naik berat badan sebanyak 1/2 kg sehingga 1 kg setiap tahun selepas zaman kanak-kanak. Pakar juga mendapati terdapat beberapa fasa dalam hidup yang membuatkan berat badan meningkat secara mendadak. Ada beberapa fasa dalam hidup yang mencabar, memberi tekanan kepada diri sehingga kita terlepas pandang untuk menjaga kesihatan. Oleh itu, kita harus beri perhatian kepada gaya hidup terutamanya corak pemakanan kita semasa waktu-waktu berikut. Foto Kredit: shutterstock BADAN KITA PALING CEPAT ‘NAIK’ BILA LALUI 5 FASA INI. JAGA-JAGA YA 1. BARU BELAJAR DUDUK SENDIRI Bila dah mula berdikari dan hidup membujang – tak kiralah di asrama atau unversiti, kita lebih mudah cenderung untuk terlebih makan. Hidup membujang ni memang rasa lagi bebas tapi sebenarnya bukan mudah nak mendisiplinkan diri untuk makan secara sihat. Kalau dulu Mak mesti akan sediakan makanan sihat un...